Entry: ~The Little Caliph School Firas~ Alhamdulillah Thursday, November 06, 2014



Assalamualaikum,

Seminggu saya hunting school firas area nilai ni. Sebenarnyer dah lewat, suppose to be daftar school masa dia 4 tahun, ni nak masuk 5 tahun baru nak daftar. Ada pengetua cakap, maybe tak boleh join budak 5 tahun, sebab kena mula dengan basic. So maybe kena asingkan... huhu.. bukan tak nak hantar dia awal, tapi disebabkan budak ni lahir bulan 12, so bulan 12 ni barulah cukup umo dia 4 tahun, kiranya tahun depan bulan 1 baru 4 tahun 1 bulan, walaupun kalau ikut kiraan tahun dia dah 5 tahun.. macam kesian sangat nak hantar dia awal2...mummy pun tak puas jaga firas lagi.. huhu.. Takpe, mummy tahu abg firas boleh catch up sebab budak ni otaknya memang cepat pick up. So I don't think there's an issue.

Okeylah, daripada banyak-banyak tadika yang kami survey, saya dah shortlisted kan kepada 3 sahaja. Antaranya The Little Caliph, Al-Baghdadi Playtime Centre(APC) dan Tadika Khalifah. Saya sangatlah berkenan dengan APC itu. Tapi jauhlah pulak sampai ke nilai impian nak kena menghantar dan mengambilnyer, sementelah lagi, dah jauh tersasar dari laluan kerja bapaknya, kang susah pulak bapaknya nak hantar dia, kena berpatah balik.. huhu... Akhirnya kami decide The Little Caliph. Sebab yang ini, bukan anak je suka, dengan bapak-bapak nya pun dah jatuh hati. Yang penting, sangatlah dekat dengan umah. Ambil dia naik motor kapcai pun boleh... ngeh ngeh... yang best nyer antara ketiga-tiga tu, The Little Caliph la paling mahal yurannyer... pandai kan korang pilih yang mahal-mahal jerk... Yuran pun dah macam nak hantar anak masuk Universiti... fuhhh...So moh ler kita korek2 duit tabung...

Dekat bawah ni details yuran yang The Little Caliph kenakan bagi tahun 2014. Yuran pendaftaran dah naik RM200 daripada RM100 untuk tahun 2015. Booking fees RM200Total Overall kami kena bayar RM1119. Monthly payment RM250 without daycare. Tambahan RM100 jika hendak daycare. Daycare bermaksud anak berada di school sehingga jam 6 petang. Without daycare pula, anak akan berada di school macam sesi persekolahan biasa, 8.30-12.30 tengah hari. Oleh kerana saya pun housewife, so ambil sesi persekolahan macam biasa sahaja.

 

Details yuran. Gambar tak terang. Saya takde scanner.. huhu

Once dah book, dia akan bagi fail ni

 

Booklet The Little Caliph untuk rujukan parent

p/s : Next 3 years giliran adik nyer pulak... Dah bolehlah start menabung dari sekarang...

 

   1 comments

alfaharga
June 26, 2016   02:10 AM PDT
 
WOW

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments