Entry: Berkerjaya vs Surirumah Monday, October 20, 2014



Assalamualaikum,

Bila buka fb sahaja, gembira saya baca ramai kawan-kawan yang post kata nak berhenti job dan jadi surirumah sepenuh masa. Begitu juga bila melihat pos kejayaan kawan-kawan dalam bidang kerjaya masing-masing. Alhamdulillah, macam mana excitednya saya membaca status kawan-kawan yang berniat untuk menjadi surirumah, macam itulah juga gembiranya saya membaca status kawan-kawan yang naik pangkat dan yang mendapat kerja yang lebih baik. Bagi saya sama sahaja kedua-duanya pun. Tak ada beza mana yang lebih baik. Sebab kedua-duanya pun baik. Yang lebih baik itu, kita sendiri yang tentukan. Bukan orang lain.

Jika kita rasa bekerja itu lebih baik bagi kita maka lebih baiklah bagi kita, kalau jadi surirumah itu lebih baik bagi kita maka lebih baiklah bagi kita. Soal pahala lebih juga sama. Keikhlasan hati juga yang tentukan. Kerana allah itu maha adil. Memandikan, menyiapkan, menyuap makanan, menjaga harta suami, etc dibuat dengan hati yang memberontak, merungut sepanjang masa, adakah akan membuahkan pahala yang banyak? Wallahuam, sendiri fikirlah. Begitu juga dengan bekerja, adakah allah itu tidak tahu yang kamu sudah bekerja sehabis baik menyelesaikan tugasan-tugasan kamu sehinggakan pahala kamu tidak setanding dengan surirumah tadi??? Wallahualam, allah itu maha adil.

Tak perlulah kita bandingkan antara mereka yang bekerja dengan mereka yang bergelar surirumah, kerana kita juga pernah bekerjaya suatu masa dahulu, dan bagi yang bekerjaya pula, lambat laun kamu juga akan menjadi surirumah sepenuh masa apabila tiba waktu kamu bersara dari kerjaya kamu itu. Kita semua sama, cuma lambat atau cepat sahaja, bila masa mengizinkan.

Bagi kamu-kamu yang berkerjaya, kamu ingat kami surirumah ini tidak merasa cemburu melihat kejayaan demi kejayaan yang kamu tempa? Mendaki setiap tangga pangkat dan gaji? Kami cemburu... cuma kami tidak zahirkan dan "Kerjaya Surirumah adalah Kerjaya Paling Mulia" itu umpama ubat demam bagi kami, untuk mengubati hati kami. Ye, kami cemburu, sebagaimana cemburunya kamu melihat kami duduk rumah menjaga anak, suami dan harta suami, begitulah cemburunya kami melihat kamu berpangkat tinggi dan bergaji besar. Kita sama sahaja...

Usahlah cemburukan kami-kami surirumah ini, kerana kami juga cemburukan kamu. Kita sama-sama cemburu demi kebaikan, untuk masa depan yang lebih cerah. In shaa allah.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments