Entry: Kenapa saya haramkan ultraman untuk anak saya Monday, March 24, 2014



Assalamualaikum...

Cerita pasal budak aktif ni, ada beberapa cerita yang saya elakkan firas daripada menonton, antaranya of course la cerita ultraman, ryukendo, power rangers, masked rider dan yang sewaktu dengannya. Kenapa saya tak bagi anak saya tengok? Sebabnya firas ni jenis budak yang aktif dan cepat pick up apa yang disampaikan. Senang nak ajar budak ni kalau kena dengan caranya. Sebab itula ianya diharamkan di rumah kami. Occasionally boleh, tiap-tiap hari is a no. Occasionally tu pun semata-mata nak hilangkan kempunan dia. Itupun lepas tengok... ha... keluarlah semua pencak silat dia yang berterabur tu... erm...

Bahaya cerita seumpama ini pada budak-budak aktif ini, oleh sebab diorang ni dalam golongan yang cepat pick up, so apa yang diorang tonton dalam ultraman tu, dia praktikkan. Dalam kes firas, dia praktikkan dekat adik dia, tumbuk adik dia, sepak adik dia, angkat humban adik dia, tindih adik dia, tunggang adik dia macam kuda. Sebijik sama macam apa yang ultraman buat dekat raksasa.. Naik fobia adik dia dengan dia. Pantang abang dia dekat, dah melalak. Tapi kalau seminggu 2 tak tengok cerita-cerita seumpamanya, saya boleh tengok perubahan dalam diri firas, kurang main tumbuk-tumbuk, sepak-sepak, humban-humban atau baling-baling barang. Kalau tidak, memang jenuhlah nak ingatkan dia no main ultraman dengan mummy dan adik. Main ultraman dengan daddy jerrr... Ulanglah ayat tu beratus kali sampai dia faham. Nak lagi senang haramkan terus cerita seumpama itu.

Abis tu kenapa Boboiboy boleh pulak? Ok, cuba tengok cara boboiboy lawan dengan ultraman lawan. Ada beza tak? Kalau perhati betul-betul ada bezanya. Boboiboy pun kartun lawan-lawan jugak, tapi cara dia lawan lain. Cara boboiboy lawan tiada melibatkan sentuhan badan, ataupun body contact so if firas tengok pun, dia cuma akan tiru gaya jer, gaya angin.... gaya petir... gaya lari laju-laju... itu bezanya...

Lagi cerita kartun yang saya elakkan firas untuk tonton adalah kartun tom and jerry, oggy and cockcroach dan yang sewaktu dengannya. Antara sebabnya sama juga, kerana ada unsur-unsur keganasan yang melibatkan sentuhan fikizal. Tom and jerry contohnya, pukul-pukul kepala tu perkara biasa, yang saya takutkan adalah ianya bertukar menjadi perkara yang kelakar. Cuba tengok tom and jerry atau oggy and cockcroach tu, sedap je dia pukul-pukul lepas tu gelakkan. Cuba bayangkan firas pukul adik dia, lepas tu dia siap gelakkan adik dia yang tengah kesakitan tu, tak ke jadi kes buli. But to be truth, that's  what happen to firas. Pandai kan barat cuba untuk tanamkan dalam minda anak-anak kita bahawa perkara keganasan itu bukanlah sesuatu yang taboo tetapi sesuatu yang fun. Umpama membunuh itu sesuatu yang fun. Pernah tengok cerita hunger games? Macam tula... membunuh itu sesuatu yang fun.

Nampak macam benda ni simple je kan... ala... cerita kartun je pun...takkan itu pun x boleh.. Tapi sebenarnya ia mendatangkan a big impact pada anak saya. Dulu dia tak seganas itu, tapi bila dah terpengaruh dengan ultraman, asal main je nak tumbuk-tumbuk. Jangan tak tahu, tumbukan budak kecil tu lagi sakit tau, sebab diorang menumbuk dengan sekuat ati... believe me, I know how it's feel.. huhu

P/s : Biarlah orang nak cakap saya ni queen control. Anak saya, I know better...

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments