Entry: A hectic week ~ adik firzan kena denggi pulakk Tuesday, March 04, 2014



Assalamualaikum...

Last 2 week, ngam-ngam hari ahad baru balik dari rumah atuk yong peng, pagi isnin adik firzan terus demam, demam pun sebab malam tadi kena gigit nyamuk dekat muka, kaki dengan tangan. Ingatkan demam biasa jer. Tapi petang hari selasa lepas makan, macam biasa dia akan lepak-lepak atas rocker dia, then pandai turun sendiri, tapi haritu lain sikit, duk melepek je atas tu, dengan tak semena-mena tetiba je dia muntah. Lepas muntah cepat-cepat pergi basuh dia, yang jadi isunya sebab tetiba je dia macam kena fit(sawan), sebab muka dok la pandang sebelah kanan je, then tangan kanan pun menumbuk2 muka, tapi mulut berbunyi-bunyi. Terus angkat dia pergi sinki, letak kepala bawah kepala paip, terus basuh kepala dia... memang tak keruanlah time tu.. memang tak boleh nak berfikir dah... takut yang amat...

Call daddy cepat-cepat suruh balik, terus bawa pergi klinik pakar kanak-kanak. Nasib baik klinik pakar kanak-kanak dah buka dekat nilai ni. Sampai-sampai masuk, doktor terus ambil temperature and terus masuk ubat bontot.... Bila mummy cerita kronologi apa yang berlaku petang tadi, terus doktor suggest pergi hospital sebab doktor pun suspect fit. Tapi yang peliknya, budak kalau fit dia tak berbunyi, yang adik ni mulut berbunyi merengek. Doktor pun pelik, tapi still doktor kata fit cuma maybe bukan fit yang teruk. Terus doktor tulis surat recommendation ke hospital. Kami pilih putrajaya sebab dekat. Balik rumah, makan, packing, siap-siap, terus pergi hospital.

Dekat hospital, doktor amik darah then tunggula sejam lebih untuk result darah tu. Time tu takde suspect denggi lagi, just fever higher temperature. Memang warded. Masa warded la, darah adik kena ambil setiap hari, tengok trend darah putih makin lama makin turun ke paras paling last 130. Tu yang doktor terus kata denggi. Dengan demam yang belum kebah lagi, memang kena stay la sampai demam turun. Selagi demam tak turun, selagi tu la tak bole balik. Alhamdulillah tiada komplikasi lain selain tu. Duduklah kat dalam ward tu dari selasa malam rabu sampailah tengah hari sabtu... huhuhu.... lama benor mummy rasa duduk dekat ward tu, macam sebulan... sebabnya sepanjang-sepanjang duduk dalam ward, asal malam je adik firzan tak bole tido, merengek tak sudah...naik give up tau mummy dik... mungkin sebab suhu badan panas, lepas tu satu lagi, tangan dua-dua sakit kene cucuk jarum. Sebelah kanan ambil darah, mummy tengok ada 8 bekas cucukan jarum kat situ, last cucuk jarum, bekas yang paling ketara, gamaknya cari urat darah adik tak jumpa kot... Sebelah kiri pulak cucuk masuk air... selamba je mummy tengok nurse-nurse tu main masuk je air masa awal-awal nak cucuk.... sakit tau tak.... terkenang-kenang masa mummy kena tahan wad masa denggi, pregnant dulu... kita yang besar ni pun tak tahan, apa tah lagi baby... haishhhh... siannnn adik....

Merengek je adik, tido pun nak berkepit jer..

Atuk datang hari jumaat baru nampak dia senyum... rindu betul mummy dengan senyuman adik...

Nasib baiklah adik firzan fully bf, sebab mummy dah pernah kena denggi masa preggy kan abang firas, so dalam badan mummy dah ada antibodi. Hari sabtu discharge, petangnya start naik bintik2 merah dekat muka firzan. Esok paginya dekat badan pulak. Dahla mummy suruh daddy pergi cari ketam tak jumpa-jumpa, giant, tesco, pasar tani, pagi pun tak dok... gamaknya ramai benor org yang cari ketam. Yang best nyer semua macam dok pakat cakap benda yang sama, petang or malam baru ada bang.... Nak buat camna, petang tu jugak daddy shoot pergi giant beli ketam. Alhamdulillah, rezeki adik. besar pulak tu ketam dia. Yang penting fresh, sebab baru sampai kan... Makan ketamlah mummy ahad malam isnin. Yang best nyer lagi sebab daddy yang masak. Ketam masak sambal merah campur dengan telur.. Memang marvellous, sehingga menjilat jari. Lagi sedap daripada makan ketam dekat tasik idaman yang kena sampai rm80 hinggit... hehehe... tq daddy... ada ketam lebih, esoknya mummy buat sup ketam pulak... adik pulak, makan ketam melalui bf jerkkk... hehehe... sonang....

p/s : Remuk redam hati mummy tengok tangan adik kena cucuk. Macam manalah perasaan ibu-ibu yang baby dia berselirat wayar-wayar...erm...

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments