irtsalus
Female
Malaysia
Blogger since 2004

Mine : Thursday 17 SHawwal 1403 A.H.
(28 July 1983)


Hubby: Thursday 2 RamaDHaan 1402 A.H.
(24 June 1982)


Proposal :
04-10-2009 ( 04 syawal 1429/04-10-1429 )

Engagement :
08-12-2009 ( 10 zulhijjah 1429/10 -12-1429 )

Marriage :
18-12-2009 ( 01 Muharram 1430/01-01-1430 )


Simple but obstinate, patient but pushy, tender and soft but stubborn....

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers
   


<< July 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


Disclaimer

This blog speak my mind out,
so if you don't like it, don't bother to read it.
And I don't mind if you don't.
Give respect to others to gain it.





Short term wish List


- buy a baby monitor
- kitchen cabinet
- Guest room furniture
- guest room aircond
- buy water heater
- buy chandelier
- Bathroom accessories
- Wall frame
- Wallpaper/sticker
- Firas's room makeover
- New curtain

Long term wish list


- Plantation land
- Rental property
- New car




.:: mY fRenS LisT::.

|| AzIe ChuMeL || Mama Amani || WaNo || Mc HyE || NasRinA || YaniE || QuiYaH || LauRah || Kak IrMa || Linda mama rania || Uda Ateh || Nurul || Chemiema ||




.:: mY ReaD|nG L|sT::.

|| Sister Alia || mommy-germs || Blog anakkusayang || Blog Saiful Islam || Baby Center || Dunia Susu Ibu || Kelly Mom || My Super Kid || Dr.Muna || Pakar howTo || Feryco ||



.:: mY sHopp|nG L|sT::.

|| My Little Fabulous || Nurul Azham Shop || Little Whiz || Lily SecRet OvEn || Mudah.com || Superbid || Moms Bargain || de`HearT Online Kitchen || clothDiaperMommy ||



.::OthErs s|te L|nk ::.

|| friendster || UTM skudai || MSU Shah Alam || fsksm utm || gallery cybertarp || Abg DiN Pawaka || Photographer Fairus || Rumah Kebaya || g@mespot || Image Shack ||





Berikut produk-produk yang dikaitkan dengan negara yahudi ini:
1. Coca-cola
2. Huggies
3. River Island
4. MC Donalds
5. Clinique
6. Disney
7. Donna Karan(DKNY)
8. Starbucks
9. GAP
10. Garnier
11. Perrier
12. Kotex
13. Sanex
14. Jo Malone
15. Lancome
16. Libbys
17. Tchibo
18. Loreal
19. Mark & spencer
20. Klenex
21. Maybelline
22. Nestle
23. Vittel
24. Revlon
25. Wonderbra
26. Loreal
27. Hugo Boss
28. Ralph Lauren (POLO)
29. Adam Sandler
30. Elizabeth Taylor
31. Nicholas Cage
32. Barbara Streisand
33. Mont Blanc
34. Google/Gmail/Gtalk
35. Fotopages
36. AOL
37. Carefourre
38. Watson
39. Facebook



Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year


How to make a suri
Ingredients:
5 parts success
1 part humour
1 part joy
Method:
Add to a cocktail shaker and mix vigorously. Add a little lustfulness if desired!




.:: OtheRs ::.

Your Ad Here







  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Friday, February 14, 2014
    He's journey of becoming the Big Brother.

    Mummy, adik makan ape tu?

    Mummy, adik panjat tangga.

    Mummy, adik keluar.

    Mummy, adik muntah.

    Mummy, adik buat ape tu?

    Mummy, adik itu.... mummy, adik ini....

    Alhamdulillah, sangatlah boleh diharap abang firas untuk jaga dan tengok-tengokkan adik <- walaupun most of the time dia jugak yang dengki dengan adik dia tu... Tapi so far, kalau ada apa-apa berlaku pada adik dia, memang dialah informer mummy. Bab ni, sangatlah boleh diharap. Syukur sangat.

    Pandai buat adik dia gelak ketawa sampai terbahak-bahak. Walaupun selalunya dialah juga yang buat adik dia menangis sepanjang masa. Masalahnya bila adik dia dah melalak dia juga yang marah tak suka tengok adik dia menangis. <- marah suruh diam dengan nada menjerit. Abang firas belum pandai lagi pujuk adik slow-slow. :(

    Whatever pun abang firas, terima kasih sebab tolong mummy jaga dan tengok-tengokkan adik.

    p/s : Mummy sayang abang firas ketat-ketat...


    Posted at 02:33 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Thursday, February 13, 2014
    Latih anak kecil urus diri sendiri

    JIKA situasi ini sedang melanda diri anda, pasti naluri keibuan sedikit gusar lebih-lebih lagi apabila melihat anak rakan-rakan lain yang sebaya sudah pandai menguruskan diri ketika hendak membuang air kecil atau besar.

    Keadaan anak-anak kecil yang masih mengenakan lampin pakai buang atau bergantung kepada ibu bapa untuk 'urusan' ke tandas pada usia di mana mereka sepatutnya sudah boleh melakukan sendiri, bukan setakat menggusarkan malah turut memberi kesan kepada perkembangan dan psikologi kanak-kanak tersebut.

    Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, seeloknya kanak-kanak apabila mencecah usia dua tahun ke atas sudah boleh dilatih dan didedahkan dengan cara-cara menguruskan diri kerana ketika itu mereka sudah faham serta mengenali bahagian anggota badan masing-masing.

    "Biasanya kanak-kanak seusia ini cuma tidak tahu cara-cara membuang air kecil atau besar di tandas dan melakukan sendiri proses membasuhnya dengan cara yang betul kerana selama ini bergantung pada lampin pakai buang atau diurus oleh ibu dari mula sehingga akhir.

    "Untuk melatih melakukan sendiri, pada peringkat awal ibu bapa boleh mendedahkan mereka dengan cara membuang air besar dengan mencangkung atau duduk.

    "Kemudian pendedahan menggunakan tangan yang betul untuk membasuh najis mereka. Latihan yang berterusan akan membantu mereka berjaya dalam usaha ini," jelasnya.

    Tambah Dr. Mariani lagi, bagi membuatkan proses latihan lebih berkesan, seeloknya ibu bapa melakukan demonstrasi terlebih dahulu agar anak-anak kecil mudah untuk mempelajari dan mengikut.

    "Langkah pertama, ibu atau bapa bersama-sama anak tersebut tunjuk sendiri cara hendak duduk untuk membuang air besar atau kecil.

    "Praktikkan cara tersebut kepada mereka apabila mereka mengadu untuk membuang air. Ajar juga mereka untuk mengepam tandas setelah selesai.

    "Seterusnya, apabila mereka sudah diyakini dapat mempelajari proses tersebut, ibu atau bapa masih perlu memantau dengan mengikut mereka ke tandas bersama-sama tetapi proses mencuci tersebut biar mereka yang lakukan sendiri. "Bantu mereka jika anda mendapati keadaan tidak terkawal," jelasnya. Dr. Mariani menambah, proses tersebut seeloknya dilakukan berterusan sehingga sebulan sama ada dipantau oleh ibu bapa atau mendapat bantuan daripada pembantu rumah.

    "Apabila kanak-kanak didapati sudah pandai menguruskan sendiri proses tersebut, seterusnya anda hanya perlu memantau anak-anak dari jauh tanpa menggunakan bantuan fizikal.

    "Teruskan memantau mereka dalam tempoh ini tanpa menggunakan fizikal tetapi berikan arahan dan perhatian apabila mereka memerlukan bantuan," katanya.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140206/ke_01/Latih-anak-kecil-urus-diri-sendiri#ixzz2sfmuDwWB © Utusan Melayu (M) Bhd


    Posted at 12:12 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Friday, February 07, 2014
    Mengawal anak mengamuk

    Pernahkah anda mengalami keadaan anak-anak yang mengamuk. Tidak semena-mena dia menjerit, membaling barang-barang yang ada, sukar untuk dipujuk dan sebagainya.

    Anak yang sedang mengamuk bagaikan seorang yang hilang kawalan, sebenarnya sedang menghadapi badai dan taufan dalam emosinya. Dia memerlukan seseorang yang lebih bijak untuk membawanya keluar daripada keadaan itu dengan selamat.

    Sebagai ibu bapa, anda pula tidak harus hilang kawalan saat itu, kalau tidak pastinya akan mengeruhkan lagi keadaan. Sekiranya anda memarahi anak secara melulu, menengking dan menjerit kepada mereka, tidak akan memberi kesan yang positif bagi jangka panjang. Pada awalnya memanglah mereka akan nampak diam dan nampak seperti mendengar kata, tetapi hati dan jiwa mereka tercalar.

    Dalam situasi seperti ini perlunya nilai-nilai kepimpinan dalam diri ibu dan bapa untuk mengendalikan keadaan. Jika mereka tidak faham tindakan anda dan pertalian anda dengan mereka tidak rapat, apabila mereka semakin besar mereka tidak lagi menghormati anda. Ini kerana anda tidak menunjukkan kepada mereka yang anda boleh mengawal keadaan dengan tenang dan tegas, penuh hormat dan kasih sayang serta tidak melukakan emosi dan jiwa mereka.

    Memang kita geram dengan perangainya pada ketika itu, tetapi ingatlah bahawa anak kita itu tidak dilahir sememangnya degil dan jahat atau suka mengamuk dan akan mengamuk hanya untuk menyakitkan hati ibu bapa yang dia sayang.

    Fikir-fikirkan kembali mengapa pula dia hendak menjadi degil? Adakah hanya kerana dia sememangnya dilahirkan degil dan berperangai seperti hantu?

    Adakah mereka ini keturunan Adam A.S yang taat dan kasih kepada Allah atau keturunan iblis yang tidak mahu taat kepada Allah? Jawapan soalan ini memberi anda kesedaran betapa tidak baiknya kita bersangka buruk terhadap anak kita apabila mereka lemah pada ketika itu.

    Jika kita fikir sejenak, memang tidak logik untuk kita memikirkan anak kita ini mengamuk hanya kerana memang itu tabiatnya. Itulah sebabnya, apabila kita mengawal diri kita, kita boleh tahu, anak ini mungkin letih, mungkin rasa tidak dikasihi atau keletihan sehingga dia hilang kawalan emosinya.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140206/ke_02/Mengawal-anak-mengamuk#ixzz2sfmd7wuL © Utusan Melayu (M) Bhd


    Posted at 12:09 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Tuesday, January 28, 2014
    Cabaran Didik Anak

    Assalamualaikum,

    Bila dah ada anak time inila baru terbayang mak saya... saya mempunyai adik beradik yang ramai iaitu 8 orang. Dengan mak saya bukanlah suri rumah. Mak bekerja dan menguruskan rumah tanpa maid. Bayangkan macam mana mak kita handle kita dulu, boleh ke kita?? But yes, mak saya mulut memang suka membebel, kalau duk umah teres tu, selang dua tiga buah rumah memang boleh dengar suara dia menjerit kat kami adik beradik.. saya tak tipu, sebab sampai ada satu hari tu jiran kami time tu sound kat saya dan adik "Dah pergi balik mak dah panggil suruh balik tu" huhuhu...memang dengarlah suara dia menjerit time tu. kami ni nama je semua perempuan(adik beradik saya 7 perempuan 1 lelaki) tapi perangai boleh tahan gak melawan... biasalah kan perempuan, selalu perang mulut, tarik rambut semua... heeeee.. kalau lelaki lain pula peel nya. huhuhuhu... tapi mak sekarang dah slow down. Mungkin sebab kami pun dah besar2. Dah takde dah tarik2 rambut, perang2 mulut bagai... Alhamdulillah Berkat doa ibu saya, adik beradik saya semuanya lulusan U. Belum ada lagi yang tercicir pelajaran. In shaa allah...

     

    Tapi bukan itu yang saya nak cerita. Tapi saya nak cerita, boleh ke saya jadi macam mak saya? Boleh ke saya didik anak2 saya nanti sampai semuanya berjaya tanpa ada seorang pun yang tercicir.. cabaran untuk ibu muda(mudalah sangat) seperti saya dalam mendidik anak dalam dunia IT serba canggih ini...haish..... Susah nak kawal kehidupan anak zaman sekarang, kalau dekat rumah kita boleh kawal tak nak anak terlibat dengan gadjet2 ni semua, tapi dekat sekolah, macam mana kita nak kawal. Confirm2 tengok member ada, dia pun akan "terminta" juga kan.

     

    Saya ingat lagi member saya bercerita perihal anak buah dia. Anak buah dia ni bersekolah di sekolah biasa, tapi disebabkan area sekolah tu dikelilingi oleh rumah2 banglo, jadinya budak2 yang datang sekolah tu antaranya budak2 'loaded' la juga. So satu hari tu, anak buah dia bagi tahu dekat kakak member ni, "Ibu, semua kawan 'me'(bukan nama sebenar) ada handset, bila 'me' nak ada handset?" boleh bayangkan budak tahun 1 minta handset? huhuhu... time ni ibu aka kakak member tadi menjawab "Wah, kecil2 lagi dah nak ada handset? takde2 tu kawan 'me', biar dia, tapi 'me' tak boleh!!" Mujur anak dia jenis dengar kata Alhamdulillah, dibuatnya anak dia jenis yang berguling2 atas tanah sebab tak dapat apa yang dihajati, tak ke naya jer... huish... Tu baru budak umur 7 tahun tu. Bayangkan yang dah berumur berbelas tahun. Boleh ke saya menolak permintaan anak saya nanti?? ishhh... sekarang pun dah bagi dia tab, aduiiii...

     

    p/s : Susahnya jadi ibu. Kena semangat yang kental dan of course tegas. :p

     


    Posted at 10:17 am by irtsalus
    Komenz!  

    Friday, January 24, 2014
    ~Firzan 10 month old ~

    Assalamualaikum... Alhamdulillah, Muhammad Firzan Shah dah pun 10 bulan. Cepatnyer masa berlalu. Perkembangan so far so good. Dah start berdiri lepas2 tangan. Pernah jugakla dia telupa kot, terlangkah 1, 2 langkah. In terms of berat badan, mak aka nenek firzan kata dia sangatlah ringan. Adeh... x cukup makan ke dik.. tapi kalau makan terlebih mesti dia membuang. Erm.. takpe, kita tungga hari rabu adik firzan pergi check up eh..

    Lagi perkembangan dia yang ketara sangat2 dah berani turun katil, sofa sendiri, dah start memanjat-manjat sofa, rocket semua. Dah pandai ambil benda kecil2 menggunakan jari penyepit. Dah pandai pas mainan dari tangan kanan ke kiri <- nurse yang perasan ni, mummy tak perasan... muahahhaaa... sorry ye dik...

    Dia dah berani turun-turun tangga... bukan naik tangga, tapi turun pun dah berani.. dah pun tersungkur.. bahaya. Padahal mummy dah pasang pagar, tapi sebab pagar tu mummy tak ikat, dia tarik  pagar tu.

    Paling suka mengemas album-album dengan majalah2 mummy. Macam abang juga, suka masuk dapur main periuk belanga mummy jugak, suka ketuk-ketuk periuk tu, makin kuat bunyi makin rancak dia mengetuk. Lagi satu suka main beg plastik. aiyyoooo... Kat mana lagi nak sorok pun tak tahu dah... haishhh...

    Mulut makin riuh bercakap. Ada je benda dia nak membebelkan. Bebel sesorang huhu.... tapi still tak kenal atuk dengan nenek. Kalau lama tak jumpa, confirm menangis bila sesekali atuk nenek datang rumah nak dukung dia. Sangatlah suka dengan daddy, kalau daddy ada, berkepit je dengan daddy, kalau tidur malam pun sama, kalau nampak daddy, mau nyer dia bangun tengah2 malam buta nak main dengan daddy... haishhh...adik...adik...

    P/s : lagi 2 bulan dah pun setahun. Cepat betol. Dah start melangkah-melangkah sikit-sikit.


    Posted at 08:50 am by irtsalus
    Komenz!  

    Friday, December 20, 2013
    ~ Firzan Shah 9 month old ~

    Assalamualaikum....

    Lambat betul update pasal perkembangan firzan masa 9 bulan ni. Actually not much to say... everything goes as smooth as it should be. Alhamdulillah...

    But something to be remembered, dia dah sangat expert memanjat tangga... pantang lepa sekejap, dah sampai atas dah dia panjat. Makin di acah, makin gelak2 dia kat atas tangga tu. yang bestnyer, mummy tutupla tangga tu macam mana pon, dia pandai cari lubang nak panjat ke atas. haihhh.. macam mana daddy??? kene pasang gate jugak ker??? daddy kata nak pasang gate.. tapi ntah bileeeeee la tu... firas pulak asal adik dia panjat je dia panggil mummy... tq abang tolong mummy tengok-tengokkan adik... susah jugak mummy kalau abang firas tak ada..

    Lagi perkembangan dia yang ketara, dia dah pandai panjat2 kerusi,meja semua dah... dah tak bole makan dengan gumbiranya di atas sofa, sebab dia dah start pandai memanjat sofa... huhu... seronok tengok dia berusaha nak memanjat tu...berusaha tangga kejayaan ye dik... tapi tak expert lagi. sokmo terjatuh...ihik ihik..

    Firzan adalah peminat tegar rancangan Hi-5. dia boleh duduk diam sampai cerita tu abis..lagi satu cerita mickey mouse club house pun kegemaran dia jugakkk... sokmo bergaduh dengan abang, nak tengok cerita abangla, tak nak cerita adikla... lantak korangla... mummy nak tengok cerita mummy gak.... tak kira.... korang g main... hehehe

    p/s : Cepatnya anak-anak membesar. rasa terlalu cepat masa berlalu... rindunyer nak pegang baby lagi...


    Posted at 01:17 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Wednesday, December 11, 2013
    11.12.13 ~ Happy 3rd birthday abang firas.

    Assalamualaikum,
    11.12.13 ~ Alhamdulillah abg firas dah pun 3 tahun. Cepatnyer lahai masa berlalu. Macam baru semalam je dia berusia setahun. Makin notty, makin charming, makin handsome, makin cerdik dari sehari ke sehari. Sangat senang disuruh. Tukang ambil remote, pampers adik, tuala adik, ketip kuku adik, tukang siram pokok mummy, tukang buang sampah, tukang vacuum tukang jaga adik, main dgn adik sampai adik melalak, tukang sepah pun dia, tukang kemas pun dia.. eh... semuala.. hehehe.. maknya jadi mandor jer.. senang keje kan...


    My little gardener.


    Tahap keaktifan tak pernah berkurangan, memang stok tak duduk diam kecuali tengok tv. Suka main otomen, lego, suka kaler book. Tak faham mehh.. kata orang kalau tengok tv anak jadi selenge, tak aktif, tapi firas ni rasanya tengok ke tak tengok ke sama je aktifnya. Rasanya tengok tv tu dapat kurangkan sikit keaktifan dia. Yo la, kalau tidak adik dia jadi raksasa, dia jadi otomen, keje mummy satu pun tak boleh buat sebab confirm2 adik dia melalak2. Kang org ingat mummy dok dera anak pulokkk... macam mana la tak melalak, dia buat adik dia macam kudala, tarik kakila, angkat adik dia, tindih adik dia dengan bantal...memang tak boleh biarkan kalau dengar adik dia melalak, sbb takut kot2 ada benda lain yang berlaku. Tapi aktif2 pun alhamdulillah, firas bukan jenis suka kacau orang atau bergaduh dgn org. Kecuali org tu cari pasal dulu dgn dia. Yang tu memang kena penumbukla. Huhu...self defend daddy dia kata..

    Kalau keluar rumah tab memang wajib. Kalau tak kereta tu jadi tempat dia bergayut, ala... bergayut kat tempat pegang tangan kat atas tu.. tempat yang selalu guna tuk gantung baju tu... haa..... anak korang ada mcm tu tak? Kalau naik mpv atuk dia, depan belakang, depan belakng dia berjalan, naik rimas atuk nenek dia. Memang semua orang akan geram nak pegang dia sebab budak ni tak boleh dipegang, nak jalan jerrr... nak berlari jerr... ada je benda dia nak buat, sampai kalau tetiba dia terpause sekejap, mesti atuk dia akan cakap, di tengah dok fikir nak buat apala tu?

    Korang pernah tengok tak budak berlari dekat food court, main ball dekat food court, main belon... haaa... kalau ternampak, anak sayala tu, padahal tab ada jerr saya letak atas meja, umpan dia tuk duduk je kat meja tu... tak jalan okeh...nampak sgt dah boring dgn tab tu, padahal kat rumah memang saya tak bagi langsung dia sentuh tab. Tab is mummy's property, dia tahu mummy dia nak work using tab. Huhuhu.. seb baik taktik ni berkesan. Memang dasar budak otak ligat. Ada je benda dia nak buat. Tapi..kalau firas takde, rumah jadi sunyi, takde suara kecik panggil mummy daddy, takde gelak ketawa, mummy jadi rindu, daddy jadi mati kutu. Tu yg berpuluh kali atuk ajak balik pun daddy tak bagi, sebab anak daddy sangattt kan... teman berlawan dan bergusti daddy... firas otomen, daddy raksasa, mummy lion, adik meowww...ha... sape ajar firas mummy lion? Nampak no kegarangan mummy. Ishhhh....


    Ni tangan otomen dia kata...

    Normally kalau shopping pulak, most of the time memang bagi dia buat keputusan dia nak biskut apa, air apa.. so far his choice acceptable. Air vitagen, air sustagen, biskut tiger, biskut chipsmore. Tapi biskut mayat yang ada gula tulaaa feveret dia. Pelikkkk sgtttt ko firas...bagi biskut lain yang lagi sedap tak nakkkk... nangis mummy makan biskut mayat tu tau....haihhhh... pagi tadi pergi ppum pun ada makcik tu cakap, pandai cakap budak ni.. huhu.. ke sebenarnya dia nak cakap becok betol budak ni tapi dengan cara yang lebih berlapik... ahaks.. but true... doktor pun cakap dia punyer otak ada sikit berbeza dengan budak normal, cerdik dan bijak. U should be proud because he's so clever. Erm... Ke doktor ckp mcm tu sebab nak tenangkan hati mummy? Hahaha... whateverla... nanti saya bagi tips macam mana nak detect tahap kecerdikan atau kecerdasan baby/toddler.


    Naik atas kerusi, nak amik angin dia kata...

    Orang paling banyak bertanya dan bercerita. 
    "Mummy buat ape? "
    "Mummy, tadi ayash nampak cicak....cicak jalan-jalan...ha..."
    "Daddy tadi ayash siam okok...best..."
    "Gula-gula tak nak... nanti gigi patah.. nanti tikus datang gigit gigiiiii...."
    "Atuk takde gigi. Tikus gigit". Muahahahaha...
    "Mummy...mummy... ayash buat otomen..."
    "Ni car ayash...ni cara adik".
    "Mummy ayash dah bangun".
    "Tak nak air sejuk, nak air panas". Pandai dah memilih nak mandi air panas jerrr.
    "Tak nak air ni, nak air ribena". Sape ajar dia minum air ribena ntah?
    Apa mummy nak buat kalau awak takde?

    Panjang lebar cerita pasal firas. Dah lama tak membebel pasal firas, sekali membebel...hambik... hehe..

    Happy 3rd birthday abang firas... We love u so much.. semoga membesar menjadi anak yang cerdik, pandai, bertanggungjawab dan soleh.


    P/s : Contoh budak terlebih buat programming masa pregnant.



    Posted at 08:52 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Tuesday, December 10, 2013
    Kerana wang manusia hilang akal.

    Aku tak tahu, kau tahu ke tidak?
    Atau kau pura-pura tak tahu?
    Tutup mata, tutup telinga,
    Supaya kau boleh makan hasilnya?

    Kau tahu benda tu haram, kau tahu benda tu berdosa,
    Tapi kau hendak jugak, dek kerana ketamakan,
    Kau fitnah sana sini,
    Akal waras mana yang kau guna ni?
    Kau tak sedar ke apa yang kau buat?
    Kau tahu tak doa orang yang teraniaya tu diangkat terus ke langit?
    Kau tahu tak tiada panghalang bagi doa itu?

    Dulu kau kawan,
    Demi mencari secebis ilmu,
    Sama-sama susah berhujan berpanas,
    Tapi sekarang kau jadi lawan,
    Dek kerana duit haram itu,
    Hati kau jadi panas,
    Penuh dengan hasad dengki,
    Hati kau mati.

    Yang ni lagi satu,
    Anak kat rumah dah sakit mental fizikal,
    Tapi duit haram tu jugak yang kau cari,
    Duit haram tu jugak yang kau kejar,
    Dengan duit tu jugak kau bagi anak bini kau makan,
    Dugaan macam mana lagi yang kau mahu?
    Ujian macam mana lagi untuk buat kau sedar?
    Adakah kau tunggu kaki kau bersimen, tangan berbalut,
    Baru kau boleh duduk diam berfikir apa yang kau dah buat?
    Selagi tak terkena dekat diri kau, apa kau pedulik kan?

    Aku harap kau cepat-cepatlah sedar,
    Bukan untuk kau dan famili kau jer,
    Tapi untuk keharmonian famili aku,
    Sebab...
    Aku tak nak ujian seumpama ini,
    Aku tak nak ada kawan seperti ini,
    Dan aku tak nak benda ini memberi kesan kepada famili aku.

    Please stop.


    Posted at 09:26 am by irtsalus
    Komenz!  

    Wednesday, December 04, 2013
    My hectic daily life...

    Assalamualaikum...

    Dah beberapa hari asyik ujan aje. Hari ini pun ujan gerimis dari semalam tak berhenti menandakan musim tengkujuh dah pun tiba. Cuaca sangatlah sejuk, ala-ala dekat cameron highland. Rasa-rasanya kalau tanam strawberry ni hidup x ek? Hehehe..

    Oleh kerana hari ini hari mencuci sedunia, so, walaupun cuaca sejuk, kerja-kerja mencuci tetap diteruskan. Kang x cuci ada pulak orang yang tak pakai spender kang... ehhhh..hehehe..ok. Lepas breakfast which is breakfast pau jerr.. tu pun pau segera beli dekat tesco, senang tinggal steam je 10 minit siap, boleh makan, kerja mencuci pun bermula. Semalam firas terkincit dalam seluar, habis tilam dengan cadar. So hari ni pulun cuci semua. 2 kali trip jer pun. Oklah.. sementara tunggu cucian siap, layan budak2 main. Sementara budak2 leka main, kita sidai baju 1st trip. Lepas penat main, tidurkan budak2 pulakkk...

    Tengah hari oleh kerana budak2 tido 2 jam jer, adik jalan dulu kol 11, abgnya kol 12 baru tido. So after tidokan abg firas saya ada 1 jam je sebelum pukul 1 adik firzan bgn tido. So hari ni masak express... huhu.. ikan dah siap2 bawak kluar pagi tadi time breakfast. So lumur2 ikan dengan kunyit+garam, balut dgn daun pisang, letak atas kuali leper, kita bakar. Sayur pulak lagi simple, terung potong 2, lumur dgn pepper+garam dua2 belah pastu boh sekali dalam kuali leper dgn ikan tadi. Tutup kuali nak bagi cepat masak dalam dan tinggalkan sekejap sampai terung masak. Sementara tu sidai kain 2nd trip kat belakang. Dah siap, masuk balikkan terung dgn ikan, masak terung sekejap. angkat, tinggal ikan masak sekejap.

    Masa untuk buat sambal pulak, masukkan cili boh, garam, gula, belacan dgn serai. Boh je sekali senang... pastu tunggu masak. Senang.. x sampai 30 minit, makanan dah siap. Makan2 pukul 1 pun adik firzan bangun..

    Daun pisang dengan serai saya ambil dari belakang rumah(my mini kebun), seb baik en.ed ada tanam pokok pisang. Serai lak beli kat giant, rendam dalam air sampai keluar akar, then kita tanam. So dapatlah serai fresh everytime nak memasak.


    Lunch is ready..

    Adik firzan, budak yang makin cerdas dan cergas..officially minggu lepas dah pandai panjat tangga. Pantang nampak sesiapa naik tangga mesti dia nak follow. Pastu sangatla suka pergi dapur, tempat sampah dengan plastik adalah tempat feveret adik firzan... ish ish ish.. antara banyak2 sampah jugak yang ko pilih ye dik... dah pandai kejar cat, usap2 cat..


    Macam muka sape adik ni?? erm...

    As for abang firas, aktif dan ceria macam biasa. Hari tu daddy balik,

    Firas     : daddy..daddy.. tadi ayash yam okok...
    Daddy   : ha? Apa?
    Firas     : ayash yam okokkkkk..
    Daddy   : (masih tak faham) ha? Ayam? Apa dia mummy?
    Mummy : siram pokok la daddy..
    Daddy   : ooo firas siram pokok ke tadi?
    Firas     : ha... bestttt... (sambil buat thums up)
    Daddy   : best? Firas : ha ah besssstt...

    Sekecil-kecil siram pokok tu pun dia kata best.. abang...abang... nampak sangat tak keluar rumah kan... takpe.. yang penting abang firas happy.. sekarang mummy dah ada little gardener.. hehehe.. tq abang firas..

    p/s : Lepas ni nak ajak firas main baking2 pulak. Bila yer?? erm..



    Posted at 01:23 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Tuesday, November 19, 2013
    ~ Firzan 8 month old ~

    Alhamdulillah.... dah 8 bulan pun anak bujang mommy yang sorang lagi ni. Dah banyak benda dia pandai buat.. Yang ketara sekali, dah pandai tolong mommy kemas rumah, kan dik... dah pandai amik toys dalam kotak sendiri. Pastu senyap2 dia main sendiri. Huhu... dah boleh main sorang2.

    Lagi.. firzan dah pandai buka laci baju sendiri, pastu amik baju dok kibar2. Ingat koboi ke ape?? Senyap2 je dia buat kerja yer... kalau mommy panggil pun firzan dah pandai datang dekat mommy. Gigi masih belum kelihatan. Tapi berdiri dah stabil, siap dah training lepas2 tangan lagi. Tinggal nak tunggu adik firzan berjalan je lagi.

    p/s : Cepatnyer masa berlalu, tahun depan dah nak setahun..erm...


    Posted at 12:48 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Previous Page Next Page