irtsalus
Female
Malaysia
Blogger since 2004

Mine : Thursday 17 SHawwal 1403 A.H.
(28 July 1983)


Hubby: Thursday 2 RamaDHaan 1402 A.H.
(24 June 1982)


Proposal :
04-10-2009 ( 04 syawal 1429/04-10-1429 )

Engagement :
08-12-2009 ( 10 zulhijjah 1429/10 -12-1429 )

Marriage :
18-12-2009 ( 01 Muharram 1430/01-01-1430 )


Simple but obstinate, patient but pushy, tender and soft but stubborn....

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers
   


<< July 2011 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


Disclaimer

This blog speak my mind out,
so if you don't like it, don't bother to read it.
And I don't mind if you don't.
Give respect to others to gain it.





Short term wish List


- buy a baby monitor
- kitchen cabinet
- Guest room furniture
- guest room aircond
- buy water heater
- buy chandelier
- Bathroom accessories
- Wall frame
- Wallpaper/sticker
- Firas's room makeover
- New curtain

Long term wish list


- Plantation land
- Rental property
- New car




.:: mY fRenS LisT::.

|| AzIe ChuMeL || Mama Amani || WaNo || Mc HyE || NasRinA || YaniE || QuiYaH || LauRah || Kak IrMa || Linda mama rania || Uda Ateh || Nurul || Chemiema ||




.:: mY ReaD|nG L|sT::.

|| Sister Alia || mommy-germs || Blog anakkusayang || Blog Saiful Islam || Baby Center || Dunia Susu Ibu || Kelly Mom || My Super Kid || Dr.Muna || Pakar howTo || Feryco ||



.:: mY sHopp|nG L|sT::.

|| My Little Fabulous || Nurul Azham Shop || Little Whiz || Lily SecRet OvEn || Mudah.com || Superbid || Moms Bargain || de`HearT Online Kitchen || clothDiaperMommy ||



.::OthErs s|te L|nk ::.

|| friendster || UTM skudai || MSU Shah Alam || fsksm utm || gallery cybertarp || Abg DiN Pawaka || Photographer Fairus || Rumah Kebaya || g@mespot || Image Shack ||





Berikut produk-produk yang dikaitkan dengan negara yahudi ini:
1. Coca-cola
2. Huggies
3. River Island
4. MC Donalds
5. Clinique
6. Disney
7. Donna Karan(DKNY)
8. Starbucks
9. GAP
10. Garnier
11. Perrier
12. Kotex
13. Sanex
14. Jo Malone
15. Lancome
16. Libbys
17. Tchibo
18. Loreal
19. Mark & spencer
20. Klenex
21. Maybelline
22. Nestle
23. Vittel
24. Revlon
25. Wonderbra
26. Loreal
27. Hugo Boss
28. Ralph Lauren (POLO)
29. Adam Sandler
30. Elizabeth Taylor
31. Nicholas Cage
32. Barbara Streisand
33. Mont Blanc
34. Google/Gmail/Gtalk
35. Fotopages
36. AOL
37. Carefourre
38. Watson
39. Facebook



Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year


How to make a suri
Ingredients:
5 parts success
1 part humour
1 part joy
Method:
Add to a cocktail shaker and mix vigorously. Add a little lustfulness if desired!




.:: OtheRs ::.

Your Ad Here







  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Sunday, July 31, 2011
    GA My Little Secret - Fisher Price.


    Assalamualaikum... Saya telah pun di tag oleh mama zara untuk contest...Sangat menarik contest ni.. Hadiah semua tajaan Fisher price bernilai lebih dari RM1,500. Best kan... So korang jangan lupa join tau... mana tahu ada rezeki nak sambut raya ni.. hehehe



    Saya nak tag :
    chemima
    mama Rania & Damia
    mama rizqin



    Posted at 07:51 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Thursday, July 28, 2011
    Daddy dan motor, Firas dan walker, mummy dan???

    Banyak benda nak update, Sebab banyak benda berlaku.

    Firstly, motor hubby dah pun sampai 2 minggu sudah. Semua accessory dah pun beli kecuali jaket hubby baru sampai hari ini. Itupun bukan jaket yang sama. Terpaksa ambil yang lain, sebab yang dikehendaki lama betul tak sampai2. So hari ini baru boleh bawak motor dengan lajunya... Saya pula baru sekali naik jalan2... cesss... firas belum pernah sekali pun... yang ni kena tunggu dah beso sikit yer...



    2nd time firaas duduk atas motor daddy


    Secondly, firas sekarang dah nak terjebak dengan walker... dulu terjebak dengan pacifier tapi dah BS baru, alhamdulillah tak guna pacifier lagi. Actually kalau ikut mummy and daddy memang kami tak nak bagi walker kat firas, sebab nak firas belajar jalan naturally. Biar otot kaki dia kuat tanpa bantuan walker. But what to do, BS firas dah request walker satu, mummy pun okay jelah... hopefully, tak tersembam lah anak mummy nanti kalau duk kat walker yer... Sebab walker/push car sebenarnya telahpun diharamkan penggunaannya di kebanyakan negara eropah dan US,cuma kat malaysia jer belum lagi. In fact it is just a myth that walker help baby's development in walking faster. Tapi takpelah, mama as jaga firas dengan baik, so mummy tak risau bagi walker kat mama as... Firas sekarang pun dah pandai berdiri sendiri, so daripada biarkan firas berdiri sendiri tanpa ada sokongan pape, baik firas duk dalam walker. Tapi mummy beli 1 jer untuk letak kat rumah mama as, kat rumah firas berdiri sendiri. Kat rumah mummy ingat nak belikan dia push car jer... So takdelah membazir.


    Ni pula motor firas..

    Thirdly, Sadly, after the motor arrive, my car pula problem. Macam tahu2 je kan... adeh... merajuk ke apa?? baru hantar pergi pomen hari ini. Kami hantar kat pomen Sg.Besi. Jauh kan dari nilai ke Sg.besi. Tapi hanya pomen tu je yang kami percaya. So far, sejak duduk nilai ni dah 2,3 pomen kami jumpa dan semuanya hancus...Kereta habis riban2 kena betulkan gara-gara pomen2 kat nilai ni... Ni pun Alex(pomen kami) kata maybe kena riban2 gak. sebab timing belt putus, pomen nilai tipu kami. Dia bagi timing belt local punya.. So alex kena buka enjin nak cek ada bengkok ke tak...  Ni kali kedua terjadi kat saya. First time kereta mati kat hentian dengkil, secondly, lucky, sebab kat rumah. Kami angkut kereta ni guna tow truck... luckily tak perlu bayar sebab insuran cover, cuma kena bayar tol sahaja. So kepada sesiapa tetiba mati enjin kereta kat tengah highway ke, call je insuran company then minta depa hantar tow trak. First 50km free, after that kena charge rm3/km.Dua2 pun guna tow trak dari etiqa insuran. (depend pada insuran)


    p/s : Firas dah dapat motor dia, daddy pun dah dapat motor daddy tapi mummy punya bukan je tak dapat, kereta makin masuk wad adalah... huaaaarrrrggggg!!!!




    Posted at 10:55 pm by irtsalus
    Komenz (1)  

    Thursday, July 21, 2011
    Contest Anak Senyum By Mamalurveirfan


    Saya nak join contest ini....






    Nama Anak : Muhammad Firas Shah
    Umur Anak : 7 bulan
    Nama Ibu : Siti Sulastri


    Saya nak tag :

    Mama Amani
    Mama Aleesya..


    Posted at 10:29 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Wednesday, July 20, 2011
    Bila isteri kata suami tak romantik

    Pemberian bunga, coklat, candle light dinner selalu dikaitkan dengan

    romantik... Pemberian seumpama juga selalu dikaitkan dengan pasangan-

    pasangan yang belum bergelar suami isteri iaitu couple2. Kerana

    setelah diijabkabulkan, pemberian seumpamanya tidak lagi wujud. Ada

    juga wanita2 a.k.a isteri yang tidak mendapat pemberian seumpama itu

    menjatuhkan hukuman ke atas suami dengan mengatakan "Suami I tak

    romantik".

    Saya pernah juga mengutarakan soalan yang sama pada encik suami, tapi

    jawapan encik suami cukup mengharukan iaitu "Abang tahu, abang tak

    romantik, tapi abang dah bagi segala yang abang ada untuk ayang"<-

    segala-galanya iaitu rumah, makan, pakai semuanya cukup, walaupun ada

    kekurangan, tapi cukuplah bagi saya bila dia mengatakan, "habiskan

    duit gaji abang dulu, baru usik duit gaji ayang".

    so perlu ker saya merungut lagi dengan mengatakan husband saya tak

    romantik? jika diberi pilihan antara husband yang romantik dengan

    husband yang bertanggungjawab, mana satu pilihan saya? of course la

    saya memilih yang bertanggungjawab. Mungkin wanita-wanita yang

    merungut itu tidak dapat melihat sisi lain husband mereka.. bak kata

    lady bos saya satu masa dahulu "Romantik tu subjektif kepada setiap

    individu, tak semestinya kena bagi bunga, coklat untuk jadi romantik,

    gurauan antara husband and wife pun boleh jadi romantik kalau kena

    caranya."


    p/s : Bagi saya pula.. Kekadang sekuntum senyuman pun boleh

    mendatangkan aura romantik.... <- gatal neh..


    Posted at 10:56 am by irtsalus
    Komenz!  

    Sunday, July 17, 2011
    Firas sudah 7 bulan

    Assalamualaikum.... Lambat buat entry neh... malas dan takde masa... actually tak byk nak update pasal firas neh... perkembangan dia sama je macam akhir dia 6 bulan aritu cuma ada kemajuan sikit... masa 6 bulan dah berjaya duduk dengan tangan jadi tongkat badan, then masa 6 bulan tak pandai merangkak lagi, dok masuk gear jer tapi tak gerak-gerak. Bila masuk je umur 7 bulan ni, firas dah pandai merangkak dan dah pandai duduk sendiri, tengah berlatih duduk lepas tangan, so far alhamdulillah dah berjaya, tapi tak berapa stabil lagi, kekadang jatuh lagi. Masuk 7 bulan juga, firas sudah makan 2 kali sehari iaitu tengah hari dan petang, firas juga dijaga oleh BS baru. Bersyukur sangat BS yang baru ni jaga firas sangat baik. siap ambil gambar lagi bila firas pandai merangkak, kenangan tuk mummy. Setakat ni firas baru kenal cat and fish... cepat je dia menoleh cari cat kalau mummy panggil cat/mioww.. semenjak dua menjak ni juga dia dah pandai menggunakan jari penyepit dia tu, so semua bende yang dia jumpa yang kecil2 semua dia kutip, pastu nak masuk mulut... semua dia nak periksa.. adeh...


    Tetiba gelak tengok mummy amik gambar dia..


    Dalam bulan 7 ni juga motor baru en.husband sudah pun sampai. Tapi tak sempat naik lagi. Ingat nak pusing-pusing, tapi saya belum merasmikan, adik laki saya dah rasmikan dulu tempat duduk penumpang tuh... haish.... takpelah... gambar pula nantilah lain kali saya paste kalau tertangkap gambar tuh...hehehe... malas nak keluar rumah tangkap gambar. Maybe adik2 saya dah upload kat FB depa kot...


    p/s : makin besar ni makin tak boleh tinggal, merengek jer dia kalau kena tinggal... kena berada dalam lingkungan pandangan dia....


    Posted at 02:43 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Saturday, July 09, 2011
    Izinkan abang bernikah satu lagi

    Got this from email.... Worth of sharing...


    "Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.

    Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.

    Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.

    Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

    Dia menghela nafas panjang.

    Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

    Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.

    Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.

    Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah

    Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.

    Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

    Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.

    Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

    "Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

    "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

    Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.

    Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.

    Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.

    Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

    "Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

    Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.

    Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

    "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya.

    Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.

    Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

    Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.

    Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.

    Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

    Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami

    Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.

    Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

    "Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

    "Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

    "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

    Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.

    Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.

    Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.

    Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

    Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.

    Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.

    Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.

    Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama.

    Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

    Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

    Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.

    Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.

    Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.

    Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

    Tit.. tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."

    Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

    Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

    Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

    Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.

    Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

    01. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

    02. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

    03. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

    Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

    Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.

    Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.

    Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

    Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

    Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

    Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

     


    Posted at 11:36 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Friday, July 01, 2011
    Sterilizer and bottle warmer Jingle Jungle

    Assalamualaikum...

    yeayyy... sterilizer and bottle warmer dah pun sampai... time tengah cuti2 sakit ni la ambil peluang mengorder online, so adalah orang kat umah bila barang sampai. Tak yah nak susahkan pak guard suruh amik barang kita kan....

    Anak dah besar baru nak beli sterilizer and warmer kan.... heh.... actually before this masak botol jer... so tak terfikir nak membeli... tapi oleh sebab diatas kecuaian sendiri selalu lupa tutup dapur gas.... selalu terlebih masak botol2 tuh.... sampai naik kering air. Which is sangat tak elok untuk botol2 tuh.... so kesudahannya beli gaklah sterilizer. Tapi beli combo sekali dengan bottle warmer. Bottle warmer pula request dari BS. Saja nak memudahkan kerja dia.

    Sebelum beli seperti biasa men survey dulu semua website, harga dan ciri-ciri setiap warmer and sterilizer. Finally, I've made my decision. inilah rupanya sterilizer and bottle warmer yang saya beli....


    Jingle Jungle brand dari Fabulous Mom Sdn Bhd.


    Semasa saya survey, ciri-ciri yang saya cari pada sterilizer kebanyakkannya ada pada semua sterilizer. Tapi bottle warmer pula sebaliknya. Dan kenapa saya pilih bottle warmer jenama ini?

    1. Harga yang murah -> RM139.90 dari mylittlecutebaby.com (tengah promosi neh)
    2. combo sekali sterilizer dengan warmer.
    3. Bottle warmer ada functionality auto off. <- ciri paling penting yg saya cari. Bagus untuk orang yg pelupa seperti saya.
    4. Bottle warmer ada functionality untuk keep warm.<- bonus untuk jenama ini. Kebanyakan warmer tiada.
    4. Bottle warmer juga ada functionality untuk sterilizer small part untuk bottle such as nipples, screw rings, or other smallish items.
    5. Can fit all type of bottle from MAM, avent, tommee tippee....
    6. 8 minute for sterilizer and 4 minute for warmer.
    7.
    contents will remain sterile inside the sterilizer for up to 6 hours if the lid is kept shut.


    Comparison with other model
    Avent warmer : price too expensive. old model doesn't have auto off function.Avent IQ got it but incredibly expensive.
    Little bean warmer : doesn't have auto off function and keep warm function. 
    contents remain sterile sterilizer up to 3 hours if the lid is kept shut.


    Actually masa decide nak beli tu saya dah beria sangat nak beli litttle bean but alhamdulillah akhirnya jumpa juga jingle jungle ni... sebab lagi banyak functionality compared to little bean.

    p/s : Semua review adalah berdasarkan kepada pemerhatian melalui website and gambar. Jika ada kesalahan harap ampun yer....

    .

       

    Posted at 03:45 pm by irtsalus
    Komenz (11)  

    Thursday, June 30, 2011
    Terlebih menjaga diri sendiri yang merana

    Assalamualikum...

    Hidup ini tidaklah semudah yang disangka rupanya... lebih-lebih lagi dalam menjaga hati dan perasaan orang... kekadang terlebih sangat nak menjaga hati orang sampai hati kita sendiri yang bernanah berdarah.. tak siapa peduli. Tapi kalau dah perinsip hidup "Biarlah apa orang nak buat kat kita asalkan kita tak buat kat orang" macam tulah jadinya. Diri sendiri yang menderita. Tapi menderita sekejap kat dunia takpelah sebab ganjarannya kat akhirat kelak kan.... insya Allah..

    sometime bukan kita yang buat masalah tapi sebab kita duduk sekapal... so tempiasnya memang terasa... bahang sampai ke petang... kuat betol aura kemarahan dia....sampai kita pula yang dok terfikir-fikir kita ke yang buat salah???

    nak bertanya takut tak bertempat... sudahnya biarkan sahaja sampai si empunya diri membuka cerita.... cerita pula bukanlah cerita besar macam singapura dilanda todak.. rupanya silap kami yang terpaksa bekerja berhempas pulas siang malam... malangnya anak yang menjadi mangsa... haish....
     
    saya tidak mahu cepat melatah... saya hanya mahu fikir positif... kerana saya percaya kepada qada' dan qadar-NYA. Everything happen for a reason. And I believe HIS planning for our family. Sakit telinga mendengar hakikat, tapi dalam hati redha je. Tak boleh nak marah sesuka hati. Tak boleh nak kata apa. Walaupun dalam hati rasa sedih sangat. Tapi dah orang tak nak, takkan kita nak memaksa. Bukan style saya memujuk rayu orang yang dah tawar hati. Bagi saya kalau nak
    seribu daya kalau tak nak seribu dalih. Sebelum saya mendengar lebih banyak dalihnya lebih baik saya mengalah. Angkat kaki dulu. Saya surrender. Lagipun kita pun takdelah suka sangat so, kenapa nak tunggu lagi kan...

    Takpelah mungkin juga ada yang lebih baik menunggu kita.


    p/s : Mata boleh ditutup dari melihat, telinga boleh ditekap dari mendengar tapi hati???? Takpelah mungkin hari ini hari kita, insya-Allah esok lusa hari dia pula. Hukum alam... What u give, u get back.

     

    Posted at 10:52 am by irtsalus
    Komenz!  

    Monday, June 27, 2011
    Chicken Pox and porridge...

    Assalamualaikum....

    Sudah beberapa hari saya MC gara-gara chicken pox... hohohoh... tua-tua baru nak kena chicken pox kan.... tulah ayat yang selalu saya dengar semenjak dua menjak ni... sampai naik bosan saya dengar... sehingga satu tahap nak saja saya menjawap.

    "Yelah... mak saya jaga saya sangat baik. That y lah tak pernah kena chicken pox masa kecil.."

    Nak menambah lagi ayat tu tapi takut ada yang terasa. Sedangkan ayat yang first tu pun tak terkeluar dek mulut, tersekat je kat kerongkong... hehehehe... hati saya masih baik... :p

    Okaylah... oleh kerana terlalu lama kat rumah saya jadi naik boring... so semalam first time saya masakkan firas bubur-> saya pun makan bubur gak tapi bubur McD..hehehe.... ok saya buat bubur nasi+carrot+brokoli (tanpa perencah tambahan). Rebus semua sampai lembut then semua sekali saya blend. Rasa dia memang sangat tak sedap... tapi Firas makan sedap jerk... kekekeke... Buat banyak ingatkan nak bekalkan kat BS firas hari ni. Bagi tahu kat hubby. Tapi hubby kata

    " Tak payahlah, bagi je nestum, nanti BS firas mengata yang bukan2."

    hohohoh... memang pun... kami dah malas nak layan. Buat pekak telinga jer. Langsung tak ikut cakap dia. Asalkan dia jaga firas ok, udah ler. Alhamdulillah masuk bulan 7 ni hantar firas ke BS baru. Insyallah BS baru ni okay. Yang lama pun okay juga. Tapi maybe Allah nak bagi kami yang lagi better. Insyallah... I believe in YOU!!


    Okay 24 jun aritu birthday hubby tapi oleh sebab saya kena chicken pox, so kami tak celebrate pape. -> actually tak tahu nak celeb apa. Sebab pernah buat surprise kena marah hubby. So tahun ni sambutan hambar jer. Siap tanya lagi, dia nak apa. And of courselah jawapan dia. Takpelah... tak yah bagi pape.... hahahhaa... Birthday dah lepas tapi saya belum dapat idea lagi nak bagi apa... Aci tak???


    Firas pula, semenjak dua menjak ni macam-macam gaya dia buat, tak tahulah dah nak merangkak ke apa... tapi dia sangat suka berdiri macam merangkak tu then punggung dia gerak depan belakang, depan belakang -> macam naik kuda kekekkekee....pastu jatuh.... muka asyik tersembam jer.... pastu dah pandai duduk dengan tangan dok menongkat badan. Tapi belum berjaya duduk sendiri.


    Makanan sepanjang sakit... no chicken->pantang lagi...


    p/s : Sebak pandang muka Firas bila orang cakap yang bukan2 pasal dia... then banding dengan anak2 orang lain. Well... we'll wait and see...cos I believe he's far much better than any of them.



    Posted at 10:06 am by irtsalus
    Komenz!  

    Friday, June 24, 2011
    Kesan stress terhadap bayi lelaki dan perempuan

    Kajian yang dilakukan oleh pakar kanak-kanak di Australia menunjukkan bahawa bayi lelaki dan perempuan menunjukkan tindakbalas yang berbeza ketika ibunya mengalami stress. Sejak dalam kandungan lagi, perkembangan bayi lelaki berbeza dengan perkembangan bayi perempuan dan pertumbuhannya juga dipengaruhi oleh keadaan ibunya.

    "Bayi lelaki dan perempuan berbeza dalam merespon ketika ibunya dalam keadaan stress sejajar dengan pola pertumbuhan mereka" kata Profesor Vicki Clifton dari Robinson Institute Pregnancy dan Developmental Group.

    Ketika dalam kandungan, bayi lelaki tidak dipengaruhi sangat oleh perasaan stress ibu berbanding bayi perempuan yang merespon dengan perasaan ibunya dan mempengaruhi pertumbuhannya.

    "Ketika terjadi tekanan lain dalam kehamilan seperti stress, bayi lelaki akan berkembang dengan baik, namun bayi perempuan tidak dapat menghadapinya dan berisiko lahir sebelum waktunya atau benhenti berkembang." kata Prof. Clifton.

    Hal ini menjelaskan tentang perbezaan tindak balas dan pengaruh terhadap bayi lelaki dan bayi perempuan telah lama dikaji khususnya pada kehamilan yang mempunyai komplikasi seperti asma, pengambilan tembakau dan stres. Menurutnya, perbezaan pola pertumbuhan itu terjadi kerana perubahan pada fungsi placenta yang dipengaruhi oleh hormon stres, hormon kortisol.

    Pada bayi perempuan, peningkatan hormon kortisol menyebabkan pertumbuhannya terganggu, namun pada bayi lelaki, kehadiran hormon ini tidak menjejaskan proses pertumbuhannya.

    Maka, hasil kajian ini diharapkan dapat memberi pengubatan yang lebih khusus sesuai jantina bayi tersebut untuk mencegah kelahiran bayi pra matang. Hal ini juga penting untuk membantu doktor dalam menilai perkembangan janin dengan tepat.

    Katanya, "Kami mencari keadaan yang dapat menyebabkan perubahan pada pertumbuhan bayi, dan penyebabnya serta bagaimana untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung."



    p/s : http://anakkusayang.com/blog/kesihatan/kesan-stress-ibu-terhadap-bayi-lelaki-dan-perempuan


    Posted at 11:34 pm by irtsalus
    Komenz!  

    Next Page