irtsalusFemale Malaysia Blogger since 2004
Mine : Thursday 17 SHawwal 1403 A.H. (28 July 1983)
Hubby: Thursday 2 RamaDHaan 1402 A.H. (24 June 1982)
Proposal : 04-10-2009 ( 04 syawal 1429/04-10-1429 )
Engagement : 08-12-2009 ( 10 zulhijjah 1429/10 -12-1429 )
Marriage : 18-12-2009 ( 01 Muharram 1430/01-01-1430 )
Simple but obstinate, patient but pushy, tender and soft but stubborn....



|
|
|
 |
|
Tuesday, January 24, 2012
A picnic in Port Dickson and a holiday in granpa orchard
Assalamualaikum.... Since a long weekend.... so kami planning untuk balik kampung... melawat my new nephew / cousin firas yang baru dilahirkan. Tapi sebelum balik kampung, family in law ajak ber picnic di Port dickson. So sebelum balik kampung, kami picnic dulu dekat port dickson. Tapi en.Ed tak bagi firas mandi.... celup2 kaki je... sebab kecil lagi... baru setahun jagung... tunggu besar sikit... daddy kata... sebelum balik... kami jalan2 dekat sekitar pd dan ancasa hotel... cantik juga tempat dia... happy betul firas dapat jalan sakan dekat pd. Masa dekat kampung pula kebetulan tengah musim buah-buahan.... so apa lagi... kami pun baliklah kampung mengutip buah.... ni juga first time firas menjejakkan kaki dekat rumah kampung. Dalam seronok2 dia mengutip buah tu.... merah-merah jugalah kaki dengan tangan dia... sebab kena gigit nyamuk... nyamuk dekat kebun faham2 jelah... besar bapak gajah kan... huhuhuhu.... okaylah... layan jelah gambar2....
Posted at 01:33 pm by irtsalus
Permalink
Monday, January 23, 2012
Backdated Entry - What would you do if your child got fever?
Malam tadi badan firas panas. K.as kata dia tengah dedau. Bila balik rumah, badan makin panas. Sukat guna termometer, 37.9c. memula tak bagi juga ubat, just letak kain sejuk atas dahi dia. barulah dia berhenti mengomel. tapi still tak bole lelap juga. Saya lap2 badan dia dengan air sejuk guna towel basah. Nampak macam dia lega sikit. air cond lak saya set terus ke lower level. Biar sejuk. Then tengok dia still tak boleh tidur, barulah saya bagi dia ubat demam. Tu pun take time dia nak lelap. Pagi tadi tanya k.as firas mengomel tak masa demam tu. K.as kata dia banyak tidur je. tidur pun tak delah mengomel. haish... ni terlebih manja dengan mummy ke ni??? pastu daddy jaga langsung tak nak. Menjerit2 nak dengan saya gak. Baru dua hari saya tinggal dia dengan daddy dia. Sebab saya kena masak. Last2 daddy dia give up, daddy kata dia masak juga, walaupun jari masih lagi tak baik. Then seperti biasa sayalah yang akan jaga firas, sementara ed masak.
Okay here what I do if firas got fever.
1. I'll set air conditioner to a lower level. 2. Use cool fever or towel and put it on his forehead. 3. use small towel and wet his body with water. Repeat until the hot decrease. 4. Always use thermometer to measure his fever.
p/s : Paracetamol actually not recommended for children under 6 yo. (you can read it in the bottle itself) but if your child fever still feverish, please don't wait to give him the medicine. and go see the doctor.
Posted at 09:57 am by irtsalus
Permalink
Sunday, January 22, 2012
Saya tak pernah cerita pasal opis saya kan... hehehehe.. okaylah actually tak berapa suka nak reveal too many thing.. sikit-sikit sudahlah...
Okaylah since saya kerja private sector, so don't expectlah nak balik on time everyday. Bukan tak boleh, boleh je, janji kerja siap. But, my boss especially, sangatlah suka buat meeting selepas office hour... ape kejadahlah nak buat meeting time semua orang dah balik kan... dolu masa zaman bujang-bujang dapatlah juga saya memenuhi jemputan meeting tu but since dah berkeluarga lebih2 lagi ada sikecil plus pergi balik kerja ada driver, memang taubat saya tak stay pun untuk meeting. Ampun ye prof, paling lama pun sampai pukul 7-8 malam sahaja. So bagi cikgu-cikgu yang kuat complaint kerja banyak dan penat, balik lambat tu... bersyukurlah... sekurang-kurangnya takdelah lampu jalan dah pasang baru uoll nak balik rumah ye dak...
2ndly, Saya sangatlah tak suka bila kena buat documentation... seriously, i've headache kalau saya kena buat documentation. Tak kiralah kena buat manual sistem ke, proposal, flow chart, ERD, DFD... etc... saya tak suka... saya rela buat programming dari documentation.. tak kesahlah sehari suntuk stress dok betulkan error sistem tak jalan-jalan pun takpe asalkan tak perlu menulis panjang lebar then nak kena susun ayat buat karangan...plzzzzzz lah...
3rdly, Banyak kali sangat fikir nak tukar tempat kerja sebab fikir jauh dan firas... tapi...tapi...tapi... saya sangatlah sayang tempat kerja saya ini... ntahlah dia guna bomoh apa ntah sampai saya akan rasa regret sangat kalau saya blah dari sini... hehe... ppsssstttt.. numeration package dia best.. hehehe... bonus+allowance+increment+panel clinic+insuran+free study for the first three children+haj package+umra package+annual dinner...etc..etc..so kalau saya blah sure rugi kan.... but still... i'm not planning to stay here for the rest of my life... cita-cita saya kan jadi FTHW(Full Time Housewife..kekekeke..)
4thly, So far my colleague semua sekepala. Part ni paling kelakar, sokmo stress bila bab nak lunch dekat mana.. semua tak tahu nak buat decision sebab masing-masing dah blur penat berfikir sehari suntuk.. hehehehe..
5thly, Sangat happy sebab dapat monitor flat yang baru... dan dapat tahu datuk2 tukar kereta baru...ssshhhhhh.. heehehe.... cantiknya... rasa nak berposing gambar depan kereta dia tapi seganlah pula..,.. karang pak2 guard tu kata kitorg poyo lak... adeh... dan satu lagi... dapat tahu bertambah sudah orang yang memegang gelaran datuk ni dekat company ni... Terimas Sultanah Kedah...
p/s : kerja itu satu ibadah, sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada, insyallah akan dipermudahkan jalan oleh-NYA.
Posted at 09:45 am by irtsalus
Permalink
Saturday, January 21, 2012
Misteri kematian para saintis dunia
Oleh IBRAHIM ABDULLAH
Kematian pakar nuklear Iran, Mostafa Ahmadi Roshan dikatakan didalangi Israel. - gambar hiasan
INSIDEN kematian aneh atau misteri para saintis dunia banyak menjadi tanda tanya oleh penghuni maya pada ini. Apakah sebab di sebalik kematian mereka? Siapakah yang menjadi dalangnya?
Bahkan beberapa hari yang lalu, diberitakan di Teheran, sebutir bom magnet yang dilekatkan pada sebuah kereta oleh seorang penunggang motosikal meletup di sebuah universiti sekali gus mengorbankan saintis nuklear Iran, Mostafa Ahmadi Roshan. Agensi berita lain menyatakan, dalangnya adalah Israel.
Inilah kejadian yang dianggap misteri dan aneh. Sebenarnya peristiwa ini sudah lama terjadi. Kisah ini juga dikatakan telah dijadikan sebagai sebuah novel.
Berikut sejarah mengenai para saintis dunia yang menerima nasib malang tersebut:
* Doktor Ivan Glebov dan Doktor Alexi Brushlinski (kedua-duanya meninggal dunia Januari 2002).
Glebov dan Brushlinski adalah pakar mikrobiologi dari Rusia. Mereka anggota Akademi Sains Russia. Kedua-duanya terbunuh akibat serangan yang didakwa dilakukan anggota mafia Rusia di Moscow.
* Tanya Holzmayer (usia 46 tahun, meninggal dunia 28 Februari 2002). Pada hari nahas, beliau yang merupakan ahli mikrobiologi berasal dari Rusia ditembak oleh rakan sekerjanya bernama Guyang Huang, 38. Setelah menembak Holzmayer, Huang menembak dirinya sendiri dan turut maut. Mereka berdua diketahui sedang meneliti sistem pertahanan tubuh terhadap virus HIV.
* Robert Leslie Burghoff, 45, (seorang saintis bidang virus) meninggal dunia pada 20 November 2003 akibat dilanggar lari di South Braeswood, Texas).
* Roman Kuzmin, 24, mahasiswa di Universiti Connecticut yang berasal dari Rusia meninggal dunia pada Disember 2002 akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan. Kuzmin dikenali sebagai seorang mahasiswa yang sangat cerdas dan berdedikasi dalam ilmu bedah tulang.
* Dr. Roger (meninggal dunia pada musim panas tahun 2003).
* Robert Aranosia, 61, (seorang peneliti perubatan) meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 18 Disember 2003.
* Todd Kauppila, 41, meninggal dunia pada 8 Mei 2005. Beliau merupakan ahli dalam bidang organ di Hospital Los Alamos. Kematiannya misteri.
* Leonid Strachunsky (meninggal dunia 8 Jun 2005). Beliau adalah membuat sistem pertahanan mikrob bagi senjata kimia. Ditemui mati di bilik hotelnya di Moscow dalam perjalanan dari Smolensk ke Amerika Syarikat (AS).
* Mohammed Munim al-Izmerly (meninggal dunia April 2004). Saintis Iraq ini ditembak tepat di kepalanya dalam suatu insiden di AS.
* Ilsley Ingram, 84, meninggal dunia pada 12 April 2004 dalam kes yang masih misteri. Beliau adalah Pengarah Supraregional Haemophilia Reference Centre di St. Thomas Hospital di London.
* William T. McGuire, 39, meninggal dunia pada 5 Mei 2004. Beliau adalah saintis kanan di NJ University dan Penganalisis Kanan Program di New Jersey Institute of Technology di Newark. Beliau adalah salah seorang pakar dunia di bidang mikrobiologi.
* Antonina Presnyakova, 46, meninggal dunia pada 25 Mei 2004. Seorang saintis Rusia yang bekerja dalam senjata biologi di sebuah makmal di Siberia. Keterangan menyebutkan beliau meninggal dunia akibat virus Ebola.
* Dr. Paul Norman, 52, meninggal dunia pada 27 Jun 2004. Seorang yang cerdik dalam bidang senjata kimia dan biologi. Terbunuh dalam kemalangan pesawat tunggal, Cessna 206 di Devon.
* Dr. Larry Bustard, 53, meninggal dunia pada 2 Julai 2004 tanpa sebab yang jelas. Beliau merupakan saintis terkenal dan bersama pasukannya mengembangkan teknologi baru melawan serangan senjata biologi dan kimia di Department of Energy Laboratorium Sandia di Alburqueque.
* Profesor John Clark, 52, meninggal dunia pada 12 Ogos 2004. Beliau adalah pakar bioteknologi yang berjaya mengembangkan teknik modifikasi bagi beberapa tema penelitiannya, antara lain dalam teknologi pengklonan.
* Mohammed Toko Hussein al-Talakani, 40, meninggal dunia pada 5 September 2004.
Beliau ialah seorang ilmuwan fizik nuklear di Iraq sejak tahun 1984. Dia ditembak oleh orang yang tidak dikenali di Mahmudiya, Baghdad Selatan.
* Matthew Allison, 32, meninggal dunia pada 13 Oktober 2004. Saintis ini terbunuh ketika beliau membuka keretanya di Osceola County, Floridfa.
Kereta Allison terus meletup ketika beliau membuka pintunya. Beliau adalah seorang peneliti di bidang Biologi Molekul dan Bioteknologi.
* Dr. Jose Trias dibunuh pada 19 Mei 1994. Beliau dan isterinya dibunuh di rumah mereka di Chevy Chase, Maryland, AS. Sebelum kematian mereka, Trias bertemu seorang wartawan sahabat mereka dan menceritakan jika mereka mendedahkan perbuatan jenayah Howard Hughes Medical Institute yang juga penderma sejumlah penelitian ilmiah untuk operasi hitam.
* Dr. Jawad al-Ubaidi meninggal dunia di Iraq tahun 1994. Beliau adalah doktor kelahiran Iraq lulusan Universiti Cornell. Beliau direkrut untuk memimpin projek penelitian Biowar Mycoplasma, di mana salah satu projek adalah memberi muatan daripada gerakan super cepat. Media massa mendakwa beliau dibunuh oleh Mossad.
Ramai lagi yang menjadi misteri kematian aneh para saintis dunia jika disebutkan satu persatunya sejak tahun 1990-an hingga terkini.
Walaupun begitu, di sebalik kematian ratusan saintis dunia, semua itu berkaitan dengan program pembatasan populasi umat manusia yang memang telah lama dilancarkan oleh konspirasi global.
Perang adalah program yang paling jelas boleh dilihat, sedangkan operasi-operasi tertutup lainnya adalah dengan menyerang suatu negara atau wilayah dengan penyakit, wabak ataupun dengan menyusupkan agen-agen kimia pembunuh ke dalam bahan makanan dan ubat-ubatan seperti yang telah dilakukan mereka dalam menunggang Codex (makanan dan minuman yang boleh membinasakan manusia).
Siapakah yang dimaksudkan dengan konspirasi global? Apa sebenarnya agenda besar mereka sehingga mengorbankan ratusan para saintis dunia ketika ini?
Kelompok konspirasi global merupakan kelompok yang sangat berpengaruh, super kaya, anti agama langit (namun mempersembahkan dirinya untuk melayani iblis) dan memiliki banyak nama dan kelompok seperti Freemasonry, Zionis, Liberalis dan sebagainya.
Mereka bergerak di semua bidang kehidupan terutama ekonomi, politik dan media massa mahupun hiburan.
Untuk mendukung semua itu mereka dengan serius juga menguasai industri ketenteraan dunia.
Agenda mereka apa yang disebut Order Baharu Dunia. Pelaksanaan mereka menuju ke arah itu yang disebut sebagai globalisasi walaupun mengorbankan banyak nyawa manusia, demi mencapai matlamat dan tujuan mereka.
Mereka telah melempar jauh-jauh dasar tauhid kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka telah mewarisi warisan Namrud dan Firaun. Semua agama langit (samawi) tinggal sekadar kulit luarnya sahaja, dan majoriti manusia telah memeluk agama baharu iaitu pluralisme dan liberalisme yang kononnya dianggap universal.
src : http://www.utusanonline.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
Posted at 09:41 am by irtsalus
Permalink
Friday, January 20, 2012
Oleh mariatul qatiah zakaria maria.zakaria@utusan.com.my
PELUKAN adalah sangat diperlukan dalam hubungan suami dan isteri bagi mengekalkan perasaan kasih dan sayang. - Gambar hiasan
PERKAHWINAN dan kasih sayang antara suami isteri boleh dikekalkan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing seperti ucapan sayangf sekurang-kurangnya tujuh kali sehari.
Bukan itu sahaja, berkomunikasi dengan baik, bergurau senda dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti 'sayang', 'abang', 'manja' dan sebagainya juga dapat mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.
Masing-masing perlu memainkan peranan untuk memupuk perasaan sayang agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan kemesraan.
Selain itu, tahukah anda bahawa pelukan juga boleh membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim?
Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. Kajian mendapati pelukan bukan sesuatu yang bersifat seksual. Ia satu daripada kaedah untuk mendapatkan keselesaan.
Begitupun, biasanya suami menganggap pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual. Sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.
Menurut Doktor Perubatan Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru, Dr. Zubaidi Ahmad, para suami tidak perlu rasa 'kelam kabut' sekiranya tidak bersedia bila isteri minta dipeluk.
Ini kerana jelas beliau, bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal dan ada kalanya merimaskan selain tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.
mencadangkan 'rawatan pelukan'
"Sebenarnya suami isteri saling memerlukan antara satu sama lain untuk mengurangkan tekanan perasaan.
"Ramai pakar psikologi yang mencadangkan 'rawatan pelukan' di mana suami dan isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur selama 10 minit. Pelukan ini harus dinikmati tanpa diteruskan dengan hubungan seks.
"Tujuannya agar segala perasaan negatif yang tersimpan dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau isteri. Jadi, pelukan sangat diperlukan dalam hubungan suami isteri. Ia akan merapatkan lagi hubungan suami isteri," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Katanya, pelukan bukan bermakna mukadimah pada hubungan seks antara suami dan isteri.
Ia juga harus dilihat sebagai hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami dan isteri.
Mengulas lanjut, Dr. Zubaidi berkata, pelukan adalah satu sentuhan fizikal yang erat dilakukan di leher, belakang badan atau pinggang.
Pelukan juga kadang kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain.
Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.
Kata Dr. Zubaidi, ramai ahli psikologi kini bimbang dengan pasangan suami isteri yang jarang berpelukan.
Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti itu hanya diikat oleh 'lafaz nikah' dan hubungan fizikal dan seks saja dan bukan hubungan emosi serta perkongsian perasan.
"Islam juga menggalakkan hubungan emosi dan dalam satu hadis Rasulullah SAW memberitahu, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi. (riwayat Bukhari dan Muslim).
"Oleh yang demikian, perbanyakanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan).
"Secara tidak langsung, bagi pasangan yang agak berat untuk meluahkan perkataan 'Saya sayang awak', pelukan adalah cara alternatif terbaik untuk melafazkannya," ujarnya.
Pelukan juga akan menyebabkan kelenjar di otak mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine yang memberikan rasa tenang dan tenteram.
Perbuatan itu juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih tenang, lalu mengurangkan stres dan kerisauan.
Oleh itu bagi pesakit yang mengalami masalah kerisauan (anxiety) dan mempunyai emosi yang tertekan, memeluk binatang peliharaan adalah rawatan kejiwaan yang baik.
Namun apa yang lebih baik lagi bagi suami atau isteri selain memeluk pasangan masing-masing ketika mereka mengalami tekanan jiwa dan dalam keadaan kerisauan.
p/s : http://www.utusanonline.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm
Posted at 09:41 am by irtsalus
Permalink
Thursday, January 19, 2012
hish... stress betullah... daripada semalam server tak stabil asik dc je.. macam mana nak buat kerja ni?? adoi... time saya tengah excited nak buat kerja.... time tu la dia nak dc jer... apelah yang korang buat ni??? asik putus jer??? tengok atas meja... sangat banyak request tak settle lagi.... user pula semua nak cepat je... ingat buat programming ni macam buat microsoft word ke apa.... adoi..... help me!!!!!!
p/s : Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.... <- apakah kaitannya??? erm...
Posted at 09:36 am by irtsalus
Permalink
Tuesday, January 17, 2012
Siapa tak suka benda2 free kan... so alang2 boleh dapatkan benda free ni... so apa lagi... grab jela... hehhee.. so far firas memang guna mamy poko... masa new born sampailah ke besar ni.. cuma masa new born tu adalah juga guna pet pet, fitti, dryper, dypers, pureen, huggies... sebut je jenama... boleh katakan semua saya dah cuba pakaikan dekat firas masa dia baby lagi... sebabnya baby baru lahir kan poo poo dia banyak dan kerap... lebih 10 kali sehari kan... so kalau beli mamy poko time tu mmg botak gaklah kepala daddy dia... so kami pun beli jelah semua jenama yang murah2... asal nampak murah je kami grab... lucky for us sebab punggung firas memang tahan lasak... semua jenis pampers yang dia pakai tak ada satu pun yang rashes... alhamdulillah... cuma ada sekali naik rashes masa pakai fitti basic... masa dia 9 bulan... konon2nya nak try pakai yang murah2 time siang... malam je pakai mamy poko kan... tapi salah saya gak sebab tak tukarkan pampers dia lebih 6 jam... sebab time tu jalan jauh sampai ke jelebu/kuala kelawang sebab pergi kenduri kahwin. So dah penat2 mmg saya lupa terus nak tukarkan diaper dia... dalam kepala ingat dia pakai mamy poko... haish.. memang naik rashes teruk gak time tu... sian dia... seb baik dia bukan jenis merengek... merah macam mana pun still aktif bersukan anak mummy ni... tapi tulah kalau pakai mamy poko tak tukar dari pagi sampai petang pun tak pe... confirm tak rashes... kecuali kalau dia tak yak2 la...
okay enough pasal diapers firas... berbalik pada cerita free sample dari mamy poko... free sample ni boleh dapatkan dari website diorang.. cuma fill up form then submit... lepas tu tunggu jela sample tu sampai rumah... kalau dapat 2 sample pun cukuplah untuk sehari/semalam kan... benda dah free grab jela... hohohohoh.... suka tol benda2 free ni...
p/s : Boleh dapatkan dari sini -> https://www.mamypokoclub.com/product/sample_request.php
Posted at 09:40 am by irtsalus
Permalink
Saturday, January 14, 2012
Assalamualaikum.... Yeayyy it's weekend again....hohohoho like it so much cos I can spend more time with my sweetie pie.... hehehhee... okaylah since today is saturday and we're doing nothing at home, so I am planning, to take him out to playground.... yeayyy.... okay... he has so much time playing the slide but unfortunately, the swing are not suitable for baby... and yes... he enjoy walking around and sit anywhere when he feel tired... haih... and this is also the first time he saw horse... yeayyy... but I don't have a picture of it... haih.... nyesal la pulak sebab tak ambil gambar dia tunjuk horse tadi... aduhai... takpelah.... okay, enjoy the pictures... oooo one more thing.... today... my sister just delivered her second baby at 5.02 pm at hospital pantai bp which is another baby boy.... congratulation to her..... and to me too for having a second nephew...yeayyy...
Posted at 09:25 pm by irtsalus
Permalink
Thursday, January 05, 2012
Assalamualaikum.. weekend hari tu sebelum balik ke rumah MIL, kami sempat singgah ke Law yat... daddy kata alang2 nak keluar... keluar terus... sebab daddy nak belanja beli hadiah anniversary tuk mummy kan.... so.... mummy ok kan jela... walaupun firas demam time tuh... <- teruk tol saya neh...haish... alhamdulillah... apa yang dicari dijumpai... tapi sangat mahal... and really2 not worth my money... but I manage to buy another brand which is cheaper but have the same functionality.... and the remaining balance... he agree to buy me another gift... which is??? erm... a secret... don't want to reveal.. but it is something valuable in life... And another thing that I bought from Law Yat is this 1TB samsung G3 station... Erm... very worth my money cos it have sooo much storage <- 1 tera kan... sampai adik firas ke 4 pun tak habis guna lagi... ngeh2.... And I hope it will last that long. Because my last pen drive corrupted and all firas's picture corrupted too... sangatlah tak tahu nak buat apa. But if you face problem like this, you can use restoration or recuva to restore all(not all actually) the corrupted and deleted items(such as pictures and files) from your recycle bin. And before we head back to nilai, we stop at summit usj and bought firas a new high chair... cheap because they have a sale... and still... I get his little bean high chair for only RM199 instead of RM399... murah kan... so sesiapa yang berhajat nak beli high chair... bolehlah beli cepat2 dari babyland the summit usj before the sale ended probably this week. Gambar budak happy baru dapat high chair
 My new xternal HD. Samsung G3 station. p/s : No more pen drive data storage. Relieved...
Posted at 10:11 pm by irtsalus
Permalink
Tuesday, January 03, 2012
Assalamualaikum... Belum lambat lagi kot kalau nak wish Happy New Year... Walaupun dah masuk tahun baru.... banyak lagi wish tahun lepas yang tak tertunai... Kena sambung tahun ni la pula... Walaupun cuti panjang... dan saya sambung cuti sampai selasa... but still saya rasa tak cukup rehat.... sebab firas demam panas+batuk2+selsema.... rupa-rupanya bukan firas seorang yang demam... tapi ramai lagi... sebab klinik sangatlah penuh orang dengan anak masing-masing.... firas saya bagi ubat tapi 3 hari je.. sebab masuk hari ketiga demam tak kebah2... so saya just tampal cool fever dengan tuam kepala dia dengan kain je... alhamdulillah esoknya terus sehat walafiat... tapi tulah memang tak cukup rehat dan tido... Time demam pula... selera makan alhamdulillah tak berubah... still suka makan... walaupun nestum je... tapi yang membuatkan saya penat... asal makan je... kalau terbatuk confirm2 akan muntah balik... hadoi.... sangatlah penat.... sebab kena repeat balik bagi dia makan untuk gantikan apa yang terkeluar... nasib baiklah dia bukan jenis susah makan... tapi penatlah nak kena kejar dia balik untuk bagi makan... time weekend hari tu pula balik rumah umah MIL... so memang penatlah nak kejar dia... Dalam pada dia demam2 tu, sempat lagi lah kami bawa dia berjalan... sebab BIL belanja makan... so kena angkutlah juga firas... takkan nak tinggal sesorang kat umah MIL kan... seb baik time makan... dia ok je... melantak my MIL punya lasagnalah pula... banyak tak hingat lak tu.... hadoi.... seb baik je tak muntah... <- maybe sebab baru muntah kat dalam kereta on da way ke tempat makan tu kot.. hehehehe......  Gambar budak baru baik demam... p/s : After 4 day of fever, I felt so exhausted but relieve when he finally recovered. Alhamdulillah...
Posted at 09:34 pm by irtsalus
Permalink
|
|
|